Dapatkan Segera

SMS / Whatsapp - 0139910717 - COD : Lot 2, Grd Floor, Bgn PAS Marang, Rusila, Terengganu

Pages : https://www.facebook.com/OliveHouseExtraVirginOliveOil
Pertanyaan Top - : Mengapa Pilih Olive House

Friday, 9 May 2014

MINYAK ZAITUN MENURUT AL-QURAN & HADIS

MINYAK ZAITUN MENURUT AL-QURAN & HADIS

 
Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).

Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati. 

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)
Firman Allah SWT: Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-An’am: 99)
Firman Allah SWT: Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11) 
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya." 
Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik. Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.
Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala.
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik bagi umat Islam. Teladan yang ditunjukkan oleh Baginda mencakupi semua aspek kehidupan, termasuklah dalam memelihara kesihatan serta merawat penyakit.
Allah SWT berfirman: Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)
Wallahua’lam

Monday, 31 March 2014

Dapatkan Secara Online

Minat SMS/Wasap Ko Ambo : 0139910717

Majlis Penerangan 29hb March di Simpang Renggan Johor Dan 30hb March di Shah Alam 




Tambah KOS POSLAJU RM6.00

Thursday, 27 March 2014

Khasiat Minyak Zaitun

1) Firman Allah Taala:
“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)
2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

Al Hadith:
1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Photo: Khasiat Minyak Zaiton dan Teen.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) - 

Minat SMS/Wasap Ko Ambo : 0139910717

Majlis Penerangan 29hb di Simpang Renggan Johor  Dan 30hb di Shah Alam 30hb....

 Khasiat Minyak Zaitun

1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah keracunan.
3. Membantu sistem penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi
    penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga batin.
9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi
     dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan athritis.
12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang
     dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
19. Membekalkan kanvitamin E.
20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilan asid lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
23. Sebagai kegunaan masaj terapi.
24. Membekalkan omega 9.

CARA MEMAKAN MINYAK ZAITUN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali  sehari (pagi sebelum sarapan,  dan malam sebelum tidur).

2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.

4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.

5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.

6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.

Wednesday, 26 March 2014

Jangan susahkan JANTUNG anda

Sakit jantung adalah penyebab no 1 kematian dimana-mana negara maju termasuk Malaysia.

No 1 penyebab masalah sistem jantung ialah; 
“Apa yang kita makan”.

Penyakit jantung koronari atau ateroslerosis adalah juara sakit jantung. Arterosklerosis berlaku apabila plak-plak - kolesterol berkumpul di salur darah arteri dan akibatnya mengurangkan oksigen pada bahagian-bahagian tertentu. Jika ia berlaku di jantung, anda akan kena serangan jantung.

:: Teruskan pengamalan anda bersama Quranic Foods - Pati Minyak Zaitun Tanpa Tapisan & Sari cuka Teen keluaran OLIVE HOUSE RESOURCES ::

*** FDA mengesyorkan kadar yg perlu di ambil oleh tubuh ialah sebanyak 2 sudu besar Pati Minyak Zaitun sehari.



Mengapa Pilih Olive House

FAKTA PENTING:

Ramai bertanya kenapa Olive House tidak memberikan pilihan kepada pelanggan untuk mengambil Pati Zaitun dalam bentuk kapsul soft gel?



Jawapan: Pihak Syarikat pada peringkat awal memang bertujuan untuk menyediakan kapsul softgel Pati Zaitun Olive House, akan tetapi hasrat itu dibatalkan disebabkan;

1) Untuk menyediakan kapsul softgel, Pati Zaitun perlu dicampur dengan gelatin. Sebagaimana diketahui Pati Zaitun akan hilang khasiat penting apabila dicampur dengan bahan lain. Setelah menjadi kapsul, kapsul tersebut bukan pati zaitun lagi. Sekadar minyak zaitun biasa yg boleh ditemui dimana2 pasaraya

2) Proses menyediakan kapsul softgel, perlu dididihkan campuran gelatin dan pati zaitun dalam satu suhu tertentu. Proses ini akan menghilangkan sifat terpenting Pati Zaitun Olive House, iaitu COLD PRESSED. Zaitun yg tidak diproses melalui cold pressed umpama manusia tanpa roh.

Oleh itu, pihak syarikat mengekalkan Pati Zaitun secara asli kerana tujuan kita adalah untuk kesihatan.
Minyak Zaitun yg dicampur dengan bahan lain akan memberikan mudarat untuk jangka panjang kepada kesihatan.
Pemakanan TERBAIK untuk diet seharian..

Khasiat Minyak Zaiton

Kepada sahabat2 yang bertanya sebab apa ada minyak zaitun yang harga mahal dan minyak zaitun harga murah.Terpulangla anda nak beli yang mana.Keluaran kami Olive House Resources dari jenis no 1,Extra Virgin Olive Oil. Kalau anda nak yg paling murah pun boleh saya carikan dlam RM10 tetapi yang paling last kualiti.



KUALITI 6 JENIS MINYAK ZAITUN 
Sebelum kita membahas jenis-jenis dan manfaat minyak zaitun, ada baiknya kita berkenalan dengan beberapa istilah yang biasa digunakan dalam proses pembuatannya, iaitu:

Virgin, maksudnya belum melalui proses kimia.
Refined, maksudnya minyak tersebut sudah melalui proses kimia.
Pomace, maksudnya minyak sudah diekstrak dengan pelarut dan suhu tinggi (panas).

1. Extra Virgin Olive Oil. Minyak ekstra virgin oil berasal dari hasil perasan pertama buah zaitun. Minyak zaitun ekstra virgin mengandung jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tidak ada bahan kimia tambahan, jernih, lembut, bertekstur, rasanya unggul, dan sukatan asamnya (acidity) kurang dari 1%. Minyak ini sangat berharga kerana kesempurnaan dan keseimbangan antara rasa, aroma, warna, dan sukatan keasamannya. Minyak ini juga boleh digunakan untuk memasak, salad dressing, dicelupkan pada roti secara langsung atau diminum terus.

2. Virgin Olive Oil. Minyak ini diperoleh dari hasil produksi dan pengolahan tahap kedua buah zaitun, memiliki tingkat keasaman yang kurang dari 2%, rasanya bagus. Minyak ini juga boleh digunakan untuk memasak, salad dressing, dan lainnya.

3. Pure Olive Oil. Minyak ini merupakan campuran dari refined olive oil dan virgin olive oil, mengandungi sedikit vitamin E, sukatan keasamannya kurang dari 2%, kandungan nutrisinya lebih rendah, harganya pun lebih murah. Tidak sesuai bila digunakan untuk salad dressing, tapi lebih sesuai jika digunakan untuk memasak dengan suhu tinggi.

4. Fino Olive Oil. Minyak jenis ini merupakan hasil campuran extra virgin dan virgin.

5. Pomace Olive Oil. Minyak jenis ini merupakan grade paling rendah dari minyak zaitun. Dihasilkan dari minyak yang tersisa di pomace zaitun. Dicampur dengan berbagai variasi jumlah virgin oil supaya boleh diterima oleh pengguna. Biasanya digunakan untuk memasak dengan suhu tinggi.

6. Lite/Extra Lite Olive Oil. Lite olive oil hanya mengandungi sejumlah kecil virgin oil. Rasa dari minyak ini ringan dan warnanya pun cerah. Jumlah kalori dan lemak yang terkandung sama dengan semua minyak zaitun. Kualiti dari minyak zaitun jenis lite olive oil ini rendah.

Faktor yang menyebabkan gred Minyak Zaitun jatuh

Faktor yang menyebabkan gred Minyak Zaitun jatuh;

> cahaya
> kepanasan
> oksigen

Oleh itu pastikan Minyak Zaitun yang di ambil perlu di simpan kembali ke dalam kotak selepas di makan.

Perlu di habiskan Minyak Zaitun sekurang-kurangnya dalam masa 2 bulan bagi menjamin kualiti yang terbaik dan khasiat yang berkekalan.